Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jabatan Perhutanan tingkat kesedaran penting kawasan hijau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jabatan Perhutanan tingkat kesedaran penting kawasan hijau

Jabatan Perhutanan tingkat kesedaran penting kawasan hijau

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 12 Januari 2022 16:15

KANGAR: Jabatan Perhutanan Perlis melaksanakan program penanaman pokok di Kampung Seberang Jaya Kuala Perlis sebagai usaha memberi perlindungan daripada tiupan angin kencang.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Ag. Shaffie Ag. Ahmad berkata, penanaman pokok tersebut sebahagian daripada Kempen Penghijauan Malaysia.

Katanya, pokok-pokok tersebut diharap akan bertindak sebagai penampan atau pemecah angin bagi megurangkan kesan langsung kepada kawasan perumahan jika berlaku angin kencang.

“Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti,” katanya pada program berkenaan semalam.

Menurut sebanyak 54 pohon Bunga Tanjung dipilih sempena usia Tuanku Raja Muda yang menyambut hari ulangtahun ke-54 pada 30 Disember lepas.

Pada program itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan simbolik penanaman pokok ke-54 di kawasan tersebut.

Kampung Seberang Jaya Kuala Perlis merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dengan Projek DiRaja Kampung Warna-Warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.

Projek itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, pasukan keselamatan, Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta pihak swasta.

Sementara itu, Tuanku Raja Muda menyeru seluruh lapisan rakyat sama-sama menjayakan kempen tersebut kerana komitmen semua pihak amat diperlukan.

“Marilah kita sama-sama menyokong usaha Kempen Penghijauan Malaysia dengan membudayakan amalan menanam pokok untuk kehidupan.

“Supaya kehidupan generasi akan datang lebih sejahtera bersesuaian dengan slogan Pokok Kita Kehidupan Kita,” titah baginda. Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

Sumber: HARAKAHDAILY

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE