Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP terus tumpu kepada keperluan masyarakat, industri

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

UniMAP terus tumpu kepada keperluan masyarakat, industri

UniMAP terus tumpu kepada keperluan masyarakat, industri

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 18 Januari 2022 12:53

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus memberi penekanan dan penumpuan kepada kepelbagaian, keperluan masyarakat dan industri sebagai sebahagian daripada tonggak pertimbangan kepada tindak-tanduknya.

Sehubungan itu, universiti ini juga akan memanfaatkan 10 Centre of Technology (CoT) yang sedia ada sebagai pusat kompetensi yang akan memainkan dua peranan utama iaitu pertama, untuk membolehkan UniMAP membekalkan solusi teknologi yang memenuhi keperluan masyarakat dan industri, dan kedua, untuk meningkatkan kompetensi dalam kalangan kakitangan dan pelajar melalui latihan peningkatan kemahiran dan pemerolehan kemahiran baharu selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau tapak pembinaan Dewan Besar UniMAP di Pauh Putra.

Taklimat mengenai dewan konvokesyen dilaksanakan oleh kontraktor Amna Construction Sdn Bhd yang nanti akan dapat menampung hampir 4,000 orang dalam satu-satu masa iaitu 1.256 bilangan tempat duduk ‘fixed chairs’ dan selebihnya ialah ruangan bebas dipersembahkan taklimat oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir. Mohd Shahril Mohd Said selaku Pegawai Penguasa Projek dan Ir. Amalludin Zolkifli.

Hadir sama mengiringi baginda ke bangunan yang sedang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 38,218 meter persegi yang melibatkan pembinaan satu blok bangunan dewan besar bersaiz 4,671 meter persegi, blok sokongan (meliputi rumah sampah, pencawang elektrik, rumah pam & tangki pencegah kebakaran dan ‘chiller plant’), dataran rekreasi, ‘rain water harvesting’ serta kawasan parkir yang boleh menuatkan sebanyak 204 buah kereta dan 84 buah motor ini ialah Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pembangunannya, Prof. Dr. Khairul Azwan Ismail.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Canselor Universiti berkenaan memaklumkan bahawa Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP akan terus memperkasakan peranannya sebagai hub komuniti untuk warga universiti dan komuniti sekitar seiring dengan konsep UniMAP for Society. Sebagai contoh, Ronald McDonald House Charities (RMHC) Sensory Room merupakan fasiliti terkini yang dibangunkan oleh PTSFP bagi memenuhi keperluan meningkatkan keupayaan deria dalam kalangan golongan autisme. Fasiliti ini, yang telah mula beroperasi pada pertengahan tahun lalu menempatkan sistem rangsangan deria yang dikenali sebagai Snoezelen. Sistem ini yang bernilai lebih daripada RM100,000 disumbangkan sepenuhnya oleh Ronald McDonald House Charities.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.