Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ATAM Tawar 600 Peluang Pekerjaan kepada Golongan Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
ATAM Tawar 600 Peluang Pekerjaan kepada Golongan Asnaf

ATAM Tawar 600 Peluang Pekerjaan kepada Golongan Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 18 Januari 2022 12:59

Kangar – “Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. mendapat sambutan yang sangat baik, khususnya dalam kalangan para asnaf serta pelajar sekolah di seluruh negeri. Program ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf dan mereka yang tidak tetap pendapatan di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Program ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada 15 hingga 16 Januari 2022 di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan Negara Cawangan Negeri Perlis, Kangar. Sebanyak kira-kira 400 hingga 600 slot pekerjaan telah ditawarkan melalui program ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, terdapat pelbagai industri dan penyedia latihan yang terlibat dalam pengambilan peserta. Industri dan penyelia latihan yang dimaksudkan ialah industri Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kulim Hi Tech Park, KISMEC Sungai Petani, The Otomotif College (TOC) Kuala Lumpur, McDonalds Malaysia dan Restauran Mohd Chan Group Berhad.

Di samping itu, industri The Welding Institute (TWI), Shah Alam, Malaysian Professional Accountancy Centre (MyPAC), KOBE Precision Technology Sdn. Bhd., Bebas, Mokti’s, Amber Chinese Muslim Restauran dan Wahyuni SPA, Kangar turut tidak ketinggalan menawarkan peluang pekerjaan dalam program ini.


Anakanda Raja Muda Perlis, YAM Sharifah Khatreena Nuraniah dan YAM Sharifah Farah Adriana berkenan berangkat meninjau Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka (MAIPs) di Kangar, semalam.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran anakanda Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah dan YAM Sharifah Farah Adriana yang berkenan berangkat meninjau gerai organisasi yang terlibat dalam Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka (MAIPs).

Sumber: Buletin Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE