Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Unimap terus beri tumpuan keperluan masyarakat dan industri

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Unimap terus beri tumpuan keperluan masyarakat dan industri

Unimap terus beri tumpuan keperluan masyarakat dan industri

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 19 Januari 2022 09:01

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus memberi penekanan dan tumpuan kepada keperluan masyarakat dan industri sebagai sebahagian daripada usaha dilaksanakan universiti berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, universiti tersebut juga akan memanfaatkan 10 Centre of Technology (CoT) sedia ada sebagai pusat kompetensi yang akan memainkan dua peranan utama.

“Peranan pertama adalah untuk membolehkan Unimap membekalkan solusi teknologi yang memenuhi keperluan masyarakat dan industri.

 

“Manakala, peranan kedua adalah untuk meningkatkan kompetensi dalam kalangan kakitangan dan pelajar melalui latihan peningkatan kemahiran dan pemerolehan kemahiran baharu selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri,” titah baginda selepas berkenan berangkat meninjau tapak pembinaan Dewan Besar Unimap di Pauh Putra, di sini semalam.

Yang turut hadir, Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Mohd Shahril Mohd. Said.

Dalam tinjauan tersebut, baginda turut berkenan mendengar taklimat mengenai dewan konvokesyen dilaksanakan oleh kontraktor Amna Construction Sdn Bhd itu yang mampu menampung hampir 4,000 orang dalam satu-satu masa.

Pembangunan tersebut dibangunkan di atas tanah berkeluasan 38,218 meter persegi yang melibatkan pembinaan satu blok bangunan dewan besar, blok sokongan (meliputi rumah sampah, pencawang elektrik, rumah pam dan tangki pencegah kebakaran dan ‘chiller plant’), dataran rekreasi, tadahan air hujan serta kawasan parkir yang boleh memuatkan sebanyak 204 buah kereta dan 84 motosikal.

Pada kesempatan sama, baginda yang juga Canselor Universiti berkenaan memaklumkan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) Unimap akan terus memperkasakan peranannya sebagai hub komuniti untuk warga universiti dan komuniti sekitar.

“Sebagai contoh, Ronald McDonald House Charities (RMHC) Sensory Room merupakan fasiliti terkini yang dibangunkan oleh PTSFP bagi memenuhi keperluan meningkatkan keupayaan deria dalam kalangan golongan autisme. 

 
 

“Fasiliti tersebut yang mula beroperasi pada pertengahan tahun lalu menempatkan sistem rangsangan deria yang dikenali sebagai Snoezelen. Sistem tersebut yang bernilai lebih daripada RM100,000 disumbangkan sepenuhnya oleh Ronald McDonald House Charities,” titah baginda. –

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.