Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sentiasa Pelihara Kebersihan Alam Sekitar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sentiasa Pelihara Kebersihan Alam Sekitar

Sentiasa Pelihara Kebersihan Alam Sekitar

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 21 Januari 2022 09:35

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat di negeri ini supaya sentiasa memelihara kebersihan alam sekitar.

Titah baginda, lokasi-lokasi tarikan pelancong, kedai makan dan tandas awam juga perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih,ceria, teratur serta menarik.

“Kebersihan adalah tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat yang bertamadun dan mahukan kehidupan sihat dan sejahtera.

“Ia bukan hanya untuk hari ini sahaja, tetapi untuk generasi hadapan supaya anak cucu kita di kemudian hari juga dapat menikmatinya,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar kawasan Projek Diraja Kampung Warna-Warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis di sini hari ini.

Baginda turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada warga asnaf, Talib Dahaman,71, Saad Nor, 76, dan Chek Hamid,85, bersempena program MAIPs peduli khas Covid-19 bilangan ke-4 tahun 2022.

Dalam masa sama, wakil Bank Rakyat yang diwakili Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani turut menyumbangkan RM1,000 di setiap rumah selain sumbangan pelitup muka dan tisu basah daripada Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis serta pek kecantikan daripada Puan Eena Khalil Lim.

Hadir sama mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE