Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tadbir urus baik penting bagi organisasi – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Tadbir urus baik penting bagi organisasi – Raja Muda Perlis

Tadbir urus baik penting bagi organisasi – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 23 Januari 2022 19:52

Tadbir urus yang baik diperlukan bagi meningkatkan lagi keupayaan sesebuah organisasi dalam merialisasikan matlamatnya serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Tadbir yang baik ini secara tidak langsung akan mendatangkan kebaikan kepada organisasi, rakyat, negeri dan juga negara.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Ihsan, Kampung Darat, Beseri untuk diagihkan oleh amilnya, Che Lah Che Man.

Mengiringi baginda ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ruzaini Rais
dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Tuanku Raja Muda, organisasi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan agensi-agensi bersamanya dapat menyelesaikan pelbagai permasaalahan rakyat dengan adanya prosedur dan polisi yang jelas. Pemantapan aspek integriti juga akan melahirkan sumber manusia yang lebih cekap dalam melaksanakan segala dasar secara efisien. Urusan di kaunter misalnya akan menjadi lebih sistematik dengan adanya piagam pelanggan dan polisi yang dipatuhi setiap Pekhidmatnya.

Sumber: Suara Medeka

Please publish modules in offcanvas position.