Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ilmu fekah bencana perlu didalami dan fahami – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Ilmu fekah bencana perlu didalami dan fahami – Raja Muda Perlis

Ilmu fekah bencana perlu didalami dan fahami – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 28 January 2022 10:51

Melihat terhadap keperluan serta kepentingan dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu-ilmu fiqh bencana yang berlaku baru-baru ini, maka, ‘Seminar Fiqh Bencana 2022’ diharap dapat memberi dimensi yang lebih luas tentang kefahaman agama. Ia juga dilihat penting dalam melahirkan masyarakat Perlis yang berfahaman luas tentang isu agama.

Pada masa yang sama seminar ini dapat menjadi wadah bagi menyebarkan ilmu tentang isu-isu fekah berkaitan bencana alam. Hal ini termasuklah perkara berkenaan ibadat seperti hukum hakam pelaksanaan solat ketika bencana dan juga permasalahan muamalat seperti hukum mengambil hak orang lain atas dasar darurat, menjumpai barangan berharga hak milik orang lain, hukum membersihkan rumah ibadat non-muslim dan seumpamanya.

Demikian titah Tuanku Raja Muda ketika berkenan berangkat merasmikan seminar tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perlis di Kangar tengahari tadi.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) disambut oleh Mufti Negeri, Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menambah bahawa seminar ini turut memberikan pendedahan dan penambahan ilmu kepada pihak bertanggungjawab. Para penjawat awam yang terlibat dengan bencana seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan seumpamanya juga perlu mengetahui beberapa hal berkenaan hukum hakam agama ketika menguruskan bencana.

Hal ini juga penting kepada para guru agama dalam usaha menyalurkan maklumat ini kepada orang awam seperti di masjid-masjid dan di sekolah-sekolah.

Di majlis tersebut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan melancarkan Tabung Bencana yang diinisiatifkan oleh Jabatan Mufti Negeri bagi mewujudkan budaya tolong-menolong yang memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak dengan matlamat agar setiap rakyat dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukan semasa menghadapi bencana.

Terdahulu daripada itu antara panelis yang diundang hadir ialah Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Peranan Akidah Dalam Fiqg Bencana), Ustaz Hisyam Mohd Radzi (Fiqh Ibadat Ketika Bencana Alam), Dr Muhammad Fathullah Al-Haq Muhamad (Isu-isu Muamalat Ketika Bencana Alam) dan Forum bertajuk ‘Bencana : Antara Azimah & Rukhsah’ oleh Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan Ustaz Hisyam Mohd Radzi yang dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Rizal Azizan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.