Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemerkasaan Wanita di Pentas Arena Sukan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemerkasaan Wanita di Pentas Arena Sukan

Pemerkasaan Wanita di Pentas Arena Sukan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 28 Januari 2022 10:53

Arau – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini berkenan berangkat merasmikan Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – “Women in Search of Excellence” edisi kelima bertajuk Pemerkasaan Wanita dalam Sektor Kesukanan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama YTF dan Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM pada hari ini.

“Program pembangunan sukan penting bagi mewujudkan budaya bersukan. Hal ini selaras dengan dasar untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dan mencapai kecemerlangan serta pengiktirafan dalam bidang sukan.

“Selain meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan riadah untuk wanita, pelaksanaan program ini hendaklah mengambil kira keperluan dan kemampuan wanita di pelbagai peringkat bagi memastikan penyertaan wanita yang lebih menggalakkan,” titah Raja Muda Perlis yang menyokong penuh penglibatan wanita dalam pelbagai aktiviti sukan.

Ketika bertitah, Raja Muda Perlis juga menasihati rakyat agar memberikan sokongan terhadap penglibatan wanita dalam sukan bagi menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut seperti menerusi pemberian peluang melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan. Melalui usaha itu, bilangan atlet, jurulatih dan pegawai sukan wanita juga dapat dipertingkatkan, selain peluang yang sama turut diberikan kepada wanita yang kurang upaya.

Sumber foto: Facebook Netball Malaysia.

Tambah baginda yang merangkap sebagai Penasihat DiRaja YTF, “Arena sukan hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform untuk memartabatkan wanita di Malaysia. Malahan, orang ramai juga berpendapat bahawa tidak mustahil atlet wanita menjadi penyumbang pingat emas pertama negara menerusi sukan Olimpik.”

Menerusi dasar tersebut, YTF akan terus berusaha memperkasakan dan menambah baik peluang yang ada terutamanya untuk golongan wanita termasuklah bidang sukan.

Ahli panel dari UiTM Cawangan Perlis dan YTF yang turut diundang untuk berkongsi ilmu dalam webinar tersebut ialah Bekas Jaguh Heptathlon Negara, Datuk Zaiton Othman yang berbicara tentang “Memperkasa Wanita dalam Sukan”; Bekas Ratu Trek Negara, Datuk Marina Chin yang berkongsi tentang “Membina Jati Diri dalam Kalangan Wanita”; serta Bekas Penembak Paralimpik Malaysia, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dengan tajuk perbincangan “Sky is the Limit”.

Majlis perasmian penutupan ini disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

Turut diundang dalam majlis ini pada sesi petang ialah tiga orang atlet negara yang terdiri daripada Juni Karimah Noor Jamali (Perahu Layar), Nur Suryani Mohamed Taini (Menembak) dan Anis Amira Rosidi yang berasal dari Perlis (Keirin Berbasikal) yang berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai “Mengimbangi Bidang Sukan dan Akademik”.

Sumber: Jendela Buletin DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE