Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 67 pelajar UniMAP terima agihan zakat

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
67 pelajar UniMAP terima agihan zakat

67 pelajar UniMAP terima agihan zakat

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 28 January 2022 10:59

Seramai 67 orang pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih menerima sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam program ‘MAIPs Santuni Pelajar Asnaf UniMAP’ yang diadakan di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra pada petang semalam.

Masing-masing menerima RM700 daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan juga Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Raja Datuk Azwane Raja Arif dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Para pelajar terpilih menerima agihan zakat tersebut adalah dalam kalangan penghuni
Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah berkenaan yang layak. Turut menerima sumbangan ialah tiga orang pekerja pembersihan yang bertugas di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP terdiri daripada Azhar Ahmad, Azman Saad dan Mohd Khairul Ikhaal Khamis. Jumlah penuh disalurkan oleh MAIPs pada kali ini ialah RM49,000.

Dalam ucapan beliau di akhir program, Naib Canselor, Prof Ts Dr Zaliman Sauli bagi pihak universiti mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAIPs atas kesudian menyantuni pelajar dan pekerja asnaf UniMAP dengan harapan semoga usaha murni itu akan mendapat keberkatan daripada Allah Azza Wajalla.

Tambah Zaliman, walaupun sebagai sebuah gedung ilmu, UniMAP tidak melihat itu sebagai satu halangan untuk sentiasa bersama-sama masyarakat. Malah UniMAP sentiasa ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat. Atas dasar itu, UniMAP berusaha untuk melaksanakan program ‘universiti untuk masyarakat’.

Menurut beliau, ‘UniMAP ingin membantu menyelesaikan isu-isu yang wujud dalam masyarakat melalui pelaksanaan program ‘UniMAP for Society’ yang dilaksanakan melalui Program Pemindahan Ilmu melibatkan kepakaran dan kekuatan yang dimiliki oleh universiti tersebut. Tetapi pasti hasrat murni UniMAP ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan bantuan daripada rakan strategik lain bersama-sama pelbagai agensi, NGO, industri dan juga masyarakat setempat’.

Untuk rekod, UniMAP ditubuhkan pada 25 Julai 2001 dengan nama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) sebelum penjenamaan semula dengan nama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 1 Februari 2007.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE