Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemikiran Sexism, Stereotype Perlu Dihakis, Titah Raja Puan Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemikiran Sexism, Stereotype Perlu Dihakis, Titah Raja Puan Muda Perlis

Pemikiran Sexism, Stereotype Perlu Dihakis, Titah Raja Puan Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Februari 2022 09:39

Pemikiran yang bercorak kejantinaan atau ’sexism’ dan ’stereotype’ terhadap kebolehan wanita dalam hak pendidikan harus dikikis. Dunia hari ini menyaksikan, wanita telah berjaya membuktikan tahap kebijaksanaan mereka bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang ekonomi, politik dan pelbagai lagi cabang bidang yang diceburi.

Sesungguhnya wanita memiliki hak dalam pendidikan. Peluang pendidikan wajib diberikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita, supaya dapat mengembangkan lagi potensi individu dan turut berpeluang dalam menyumbangkan peranan mereka sebagai rakyat yang produktif dan berakhlak mulia.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ketika berkenan merasmikan penutupan Webinar “Women in Search of Excellence” (WISE) Siri Ke-6 bertemakan ‘Peranan Wanita dalam Peningkatan Kualiti Pendidikan’ anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) semalam.

Menurut Tuanku Raja Puan Muda yang juga selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah, pendidikan merupakan satu wahana penting dalam melahirkan warga negara dinamik dan berkualiti. Pendidikan tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Peranan wanita dalam pendidikan tidak boleh dipandang enteng kerana menurut Islam, wanita ialah ‘sekolah’ pertama kepada anaknya. Justeru, sesebuah negara yang ingin maju dari pelbagai aspek, perlulah memperkasakan pendidikan terhadap wanita.

Tambah Tuanku Hajah Lailatul Shahreen lagi, ‘Wanita berpendidikan dilihat sebagai satu bahagian yang dapat menyempurnakan usaha terhadap pembangunan negara. Dengan mengambil kira perubahan persekitaran dunia dan keperluan negara untuk turut sama bersaing dalam arus globalisasi ini, pelbagai usaha perlu diambil bagi melengkapkan wanita dengan pendidikan serta penerapan kemahiran dan pengetahuan tinggi supaya wanita Malaysia dapat memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga mahupun kerjaya’.

Sempena program tersebut, pandangan serta perkongsian yang amat menarik mengenai sistem pendidikan di 11 buah bandaraya di luar negara terdiri daripada Melbourne, Chicago, Copenhagen, New Delhi, Christchurch, Islamabad, Warsaw, Doha, Madrid, Stockholm dan Zurich turut juga dikupas.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada sebelah paginya.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE