Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wanita main peranan penting bentuk masyarakat sihat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Wanita main peranan penting bentuk masyarakat sihat

Wanita main peranan penting bentuk masyarakat sihat

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Februari 2022 14:25

KANGAR: Kaum wanita kini terbukti mempunyai peranan penting dalam usaha membentuk masyarakat yang sihat dan kompeten seiring dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan itu mampu mendidik kanak-kanak di peringkat rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi.

Titah baginda generasi yang dilahirkan sekarang menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih sayang seorang ibu.

“Begitu juga dalam bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan sehingga mencapai kejayaan,” titah baginda ketika merasmikan Webinar “Women in Search of Excellence” (WISE) Siri Ke-6 hari ini.

Webinar bertemakan Peranan Wanita dalam Peningkatan Kualiti Pendidikan dianjurkan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Baginda merangkap Penasihat Di Raja YTF bertitah, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menimba pengalaman dalam bidang yang diceburi.

“Antaranya melalui pembacaan, mendengar pengalaman orang lain, menonton video dan sentiasa belajar sehingga mahir dalam bidang dilakukan.

“Menerusi pengalaman yang diperolehi, ia pasti akan membantu diri sendiri untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat untuk meraih kejayaan,” titah baginda.

Webinar itu menampilkan Ketua Jabatan Pusat Sains Liberal Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Sharmini Abdullah; mantan guru cemerlang Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis, Datin Noridah Yangman dan mantan Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Zalina Ahmad.

Manakala majlis penutup disempurnakan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah. –

Sumber: HARAKAHDAILY 23/2/2022

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE