Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TNB Serah Zakat Perniagaan RM580,000 Kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TNB Serah Zakat Perniagaan RM580,000 Kepada MAIPs

TNB Serah Zakat Perniagaan RM580,000 Kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 25 Februari 2022 15:51

KANGAR : Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menyampaikan zakat perniagaan bernilai RM583,330 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis di sini semalam.

Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim berkata, agihan zakat perniagaan tersebut hasil pendapatan syarikat bagi tahun 2021 bagi negeri Perlis.

“Agihan zakat perniagaan ini adalah amalan TNB setelah mengambil kira keuntungan bersih syarikat dan agihan zakat pendapatan dilakukan di setiap negeri di negara ini mengikut pengiraan tertentu.

“TNB juga mengamalkan dasar menyumbang semula kepada alam sekitar, penggunaan hijau bagi memastikan sumber asli tidak habis digunakan dan mematuhi kawalan integriti supaya organisasi ini terus mantap,” katanya.

Ahmad Hushairi menyampaikan replika cek sumbangan tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Penyerahan tersebut disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selepas majlis penyerahan itu, baginda turut berkenan membuat pelepasan seramai 70 orang peserta Explorace TNB 2022 yang disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pengamal media Perlis.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE