Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - McDonald’s Malaysia serah sumbangan zakat RM100,000 kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
McDonald’s Malaysia serah sumbangan zakat RM100,000 kepada MAIPs

McDonald’s Malaysia serah sumbangan zakat RM100,000 kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 Mac 2022 14:17

KANGAR : McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penyerahan zakat tersebut adalah tanda keprihatinan dan sikap ambil berat McDonald’s Malaysia terhadap golongan yang memerlukan bantuan di negeri ini. 

Pada masa sama, baginda menzahirkan rasa bangga terhadap McDonald’s Malaysia yang bukan hanya mampu menunaikan zakat perniagaan tetapi melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

 
 

“Sudah  pasti dengan wang zakat tersebut dapat membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan khususnya dalam suasana serba mencabar ekoran pandemik Covid-19.

“Saya sangat berbangga dengan pengurusan McDonald’s Malaysia yang melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dalam menyantuni barisan hadapan, golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan sepanjang tahun lalu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan  berangkat menghadiri program berbasikal amal MAIPs bersama McDonald’s Malaysia yang disekalikan dengan kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-17 2022 di sekitar Utan Aji, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dan Pengarah Perhubungan Kerajaan McDonald’s Malaysia, Datuk Seri Mohammed Nasir Rakhir. 

Sementara itu, Azmir berkata, hasil sokongan masyarakat, McDonald’s Malaysia berupaya menunaikan tanggungjawabnya dalam melaksanakan bayaran zakat korporat. 

“Diharapkan juga dengan penyampaian zakat korporat ini mengukuhkan lagi sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama McDonald’s,” katanya.

Sempena program tersebut, baginda berkenan merasmikan projek peningkatan sosioekonomi berupa perniagaan kerepek pisang yang diusahakan Noorazlan Shah Noordin dari Kampung Guar Ujong Batu. 

Noorazlan menerima peralatan untuk bengkel kerepek yang diusahakan daripada MAIPs melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bernilai RM1,000.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin  berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih di kawasan itu.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE