Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terus perkukuh angkatan tentera simpanan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Terus perkukuh angkatan tentera simpanan – Raja Muda Perlis

Terus perkukuh angkatan tentera simpanan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 Mac 2022 14:19

PADANG BESAR: Pasukan angkatan tentera simpanan perlu diperkukuh dan diberi latihan serta disiplin secukupnya bagi menampung kekurangan anggota tetap.

Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kekuatan anggota tentera darat tidak akan pernah mencukupi untuk menjaga dan mempertahan setiap inci tanah air sesebuah negara.

Titah baginda merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, jika dibuat perbandingan kekuatan ketenteraan sesebuah negara yang sedang diambang konflik ialah dengan membandingkan kekuatan angkatan tetap dengan pasukan simpanannya. 

 
 

“Begitu juga jika dilihat kekuatan angkatan simpanan tentera Ukraine dan Rusia yang dimobilisasi dilihat tidak setara disebabkan jumlah populasi yang berbeza. Apa yang sedang berlaku di Ukraine pada ketika ini harus diambil iktibar oleh seluruh rakyat di negara ini.

“Oleh sebab itu juga, sesebuah angkatan simpanan amat perlu diperkukuh, diberi latihan serta disiplin secukupnya bagi menampung kekurangan anggota tetap ini. 

“Sebagai contoh di Malaysia dengan wujudnya Rejimen Askar Wataniah di setiap negeri adalah untuk melengkapkan rakyat dengan segala persiapan awal mengenai ilmu serta selok-belok ketenteraan bagi mengimbangi kekuatan anggota tentera tetap dan bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang,” titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian sempena Hari Tentera Darat Ke-89 yang disambut pada 1 Mac 2022 dengan slogan ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’.

Pada kesempatan sama, baginda mewakili seluruh warga rejimen yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri itu turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-89 kepada Rejimen Askar Melayu Diraja dan Briged Keenam Infantri Malaysia yang ke-52.

Kedua-duanya juga disambut pada 1 Mac. 

 
 

Sementara itu, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak mengajak semua anak bangsa yang sayangkan negeri dan negara agar menyertai pasukan wataniah tersebut.

“Hal demikian kerana tujuan tentera tetap dan simpanan adalah sama iaitu bagi mempertahankan kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh dari luar mahupun dalam.

“Kepada mereka yang telah bergelar anggota simpanan Rejimen Askar Wataniah, berbanggalah dengan seragam yang anda sarung dan terus mendalami ilmu ketenteraan.

“Diharapkan juga mereka akan terus kekal aktif dalam askar Wataniah walau dimana sahaja berada,” katanya.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE