Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Muhammad Nazmi Hakimi terima Anugerah DiRaja Konvokesyen PTSS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Muhammad Nazmi Hakimi terima Anugerah DiRaja Konvokesyen PTSS

Muhammad Nazmi Hakimi terima Anugerah DiRaja Konvokesyen PTSS

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Mac 2022 15:11

Graduan Diploma Pengurusan Acara Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman menerima Anugerah DiRaja di Majlis Konvokesyen PTSS Kali 14 yang diadakan di Dewan Harumanis PTSS, Pauh Putra semalam.

 

Beliau turut menerima RM2,000 daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di majlis yang disempurnakan perasmiannya oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Zubaidah Aman dan Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Anugerah Pengarah pula disandang oleh Abdullah Abdurahman – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan

Mohd Daniel Shah Nordin – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik).

Seramai 3,207 graduan lulusan diploma dalam pelbagai jurusan telah tamat pengajian masing-masing pada Sesi Disember 2018, Sesi Jun 2019, Sesi Disember 2019, Sesi Jun 2020 dan Sesi Disember 2020.

Buat pertama kalinya, majlis konvokesyen ini diadakan sebanyak 9 sidang, bermula 20 Mac dan akan berakhir pada 24 Mac 2022.

Terdahulu daripada itu Tuanku Raja menitahkan bahawa menghasilkan bilangan graduan yang ramai bukanlah penanda aras kejayaan sesebuah institusi pendidikan semata-mata. Tanggungjawab sesebuah institusi pendidikan lebih dari sekadar memberi ilmu akademik kepada mahasiswanya, malah PTSS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, turut diamanahkan untuk memberi didikan karakter dan membentuk jiwa insan siswanya.

Tambah Tuanku Syed Sirajuddin, ‘Sijil kelulusan akademik hanyalah sebuah dokumen yang menunjukkan tahap dan bidang penguasaan ilmu seseorang graduan. Kejayaan yang lebih utama ialah kejayaan menyemaikan nilai-nilai murni seperti nilai moral, etika, akauntabiliti dan integriti dalam jiwa setiap graduan’.

Baginda juga percaya bahawa warga kerja PTSS komited untuk melahirkan modal insan negara yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan mempunyai nilai murni dan jati diri yang tinggi.




Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE