Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Terima Mengadap Panglima 6 Briged n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Terima Mengadap Panglima 6 Briged

Raja Perlis Terima Mengadap Panglima 6 Briged

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Mac 2022 15:18

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap oleh Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Akib Haji Yusof di Balai Menghadap Biru Istana Arau tengahari tadi.

 

Mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat.

Tuanku Raja Perlis mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu ketenteraan kerana pernah melalui pengalaman peribadi sebagai seorang pegawai tentera ketika menghadapi ancaman komunis, konfrantasi dengan Indonesia dan juga Peristiwa 13 Mei sewaktu berkhidmat di dalam Kor Peninjau DiRaja yang kini dikenali sebagai Kor Armor DiRaja dalam tahun 1960’an.

Turut hadir, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak

Sementara itu, Mohd Akib merupakan lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Course 27/98 di HEIGATE, Kuala Lumpur (1998) dan lulusan Joint War College, Ecole de Guerre, France pengambilan ke-25 (2017/2018).

Di peringkat pengajian tinggi, beliau adalah pemegang Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

Di peringkat Antarabangsa, beliau pernah bertugas dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bersama MALBATT I (19 RAMD Mekanize), MALBATT || (7 RRD Makenize) dan MALBATT III (7 RAMD) dalam misi United Nations Operations in Somalia (UNOSOM II) mulai Jun 1993 sehingga awal tahun 1995. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai United Nations Military Observer (UNMO) dalam misi United Nations Military Operation in Liberia (UNMIL) mulai Jan 2013 sehingga Jan 2014.

Beliau juga adalah Pengarang buku bertajuk ‘Memoir Tentera Darat Malaysia di Somalia’ yang telah diterbitkan oleh Markas Tentera Darat pada Disember 2002.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE