Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Dan Program KPTD n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Dan Program KPTD

Raja Perlis Dan Program KPTD

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Mac 2022 09:24

Arau – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah hormat daripada Pegawai-pegawai Kanan Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) Malaysia di Balai Menghadap Biru Istana Arau semalam.

 

Dalam titah Raja Perlis yang merupakan lulusan Akademi Tentera DiRaja Sandhurst (RMAS) dari United Kingdom dan kini ialah Kolonel Yang DiPertua Kor Rejimen Renjer DiRaja (RRD) serta Kor Polis Tentera DiRaja Malaysia, baginda dipersembahkan hal-hal berkaitan dengan perkembangan terkini KPTD, selain dipersembahkan cadangan kalendar aktiviti yang melibatkan keberangkatan baginda ke program kor tersebut bagi tahun ini.

Berangkat sama mengiringi Tuanku Raja ketika menyembah hormat ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri Perlis.

Pada masa yang sama, delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia Brigedier, Jeneral Dato’ Haji Mislan Anuar yang juga merangkap Pengerusi KPTD.

Turut hadir bersama-sama dalam delegasi tersebut ialah Provos Marsyal Darat Brigedier, Jeneral Azman @ Norazman Selamat; Pengarah KPTD Brigedier Jeneral, Abd. Wahab Geoh, Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) Tentera Darat; Brigedier Jeneral, Inderjit Singh a/l Bachan Singh dan Pengarah Undang-Undang, Markas Tentera Darat – CSM, Kolonel Noor Hishmuddian Rahim.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE