Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Amalkan Budaya Integriti Yang Menyeluruh- Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Amalkan Budaya Integriti Yang Menyeluruh- Raja Muda Perlis

Amalkan Budaya Integriti Yang Menyeluruh- Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Mac 2022 09:32

Pauh Putra – Warga kerja Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dimohon untuk memastikan slogan “Integriti Menyeluruh dan Positif” dipraktikkan dalam usaha menghadapi COVID-19 secara bersama-sama. Isu integriti bukan sahaja memfokuskan isu rasuah semata-mata, malah juga sebagai satu konsep yang lebih luas, iaitu integriti dengan memberikan perkhidmatan terbaik demi memenuhi kehendak pemegang taruh. Hal ini turut terkait dengan amalan integriti ketika berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja, kakitangan sokongan serta para pelanggan, khususnya membabitkan status kesihatan masing-masing dalam konteks menghadapi COVID-19.

 

“Mereka juga perlu sentiasa berusaha untuk belajar sesuatu yang baharu, selain mempunyai kemahiran yang pelbagai. Hal ini adalah untuk memastikan keupayaan untuk membantu dan memastikan urusan tugas yang ditinggalkan oleh rakan sekerja yang terkesan dengan COVID-19 dapat berjalan dengan lancar.” Demikian titah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) UniMAP Tahun 2021 yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Perlis pada petang semalam.

Turut berangkat sama ialah Pro Canselor, Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Raja Dato’ Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor, YBhg. Profesor Ts Dr. Zaliman Sauli serta para pegawai kanan universiti.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra juga tidak mahu rakyat Perlis secara umumnya dan warga UniMAP secara khususnya leka dan alpa dengan keadaan COVID-19 yang masih belum berakhir. Baginda turut berkongsi tentang peratusan di negeri Perlis yang mencatatkan 1009 kes pada minggu lepas dengan 94.7 peratus mewakili kategori 1 dan kategori 2 ringan. Namun begitu, kemasukan ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 adalah melibatkan pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang serius. Majoriti pesakit tersebut terdiri daripada warga emas yang mempunyai penyakit diabetes, darah tinggi, obesiti dan penyakit lain.

“Tahun ini Perlis mencatatkan kes kematian akibat COVID-19 yang tinggi berbanding dengan negeri lain, iaitu melibatkan warga emas (87.9 peratus) dan pesakit yang mempunyai komorbiditi (81.9 peratus). Hal ini mesti diambil serius oleh seluruh rakyat. Tiada kematian melibatkan penerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19. Jumlah kematian adalah tinggi, iaitu 51.5 peratus bagi golongan yang belum menerima dan belum lengkap vaksin COVID-19,” tambah baginda.

Hal ini jelas menunjukkan warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi merupakan kumpulan yang berisiko jika mereka dijangkiti COVID-19. Jelas baginda, penerimaan vaksin terutamanya suntikan dos penggalak merupakan pelindung dan dapat menghalang keadaan menjadi semakin teruk.

Tuanku Raja Muda juga memaklumkan bahawa, sehingga 22 Mac 2022, sebanyak 7242 orang kanak-kanak berumur lima tahun hingga 11 tahun  di negeri ini telah menerima dos 1 vaksin COVID-19, iaitu kira-kira 24.9 peratus daripada kanak-kanak yang layak menerima vaksinasi ini. Jumlah ini adalah rendah memandangkan jumlah jangkitan COVID-19 yang tinggi pada masa ini.

Selain itu, jangkitan dalam kalangan kanak-kanak dan kemasukan ke hospital juga menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2021, sebanyak 651 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 di Perlis. Namun demikian, pada tahun ini, iaitu sehingga 22 Mac 2022, jumlah jangkitan COVID-19 bagi kanak-kanak telahpun mencecah sebanyak 660 orang dengan 103 orang perlu dirawat di hospital. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun 2021, iaitu hanya 40 orang. Kumpulan kanak-kanak yang mempunyai komorbiditi seperti penyakit paru-paru kronik, kurang daya tahan diri, diabetes dan penyakit kronik lain adalah berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang lebih serius.


DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) UniMAP Tahun 2021.

DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat dalam Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) UniMAP Tahun 2021.

 

Pada masa yang sama, dalam majlis tersebut turut diadakan sesi penyampaian anugerah bagi beberapa kategori kepada individu yang layak. Antara anugerah yang disampaikan di majlis tersebut ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (133 orang), Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (34 orang) dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (93 orang).

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE