Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis terima sembah mengadap hormat daripada Pasukan Floria DiRaja Putrajaya n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis terima sembah mengadap hormat daripada Pasukan Floria DiRaja Putrajaya

Raja Muda Perlis terima sembah mengadap hormat daripada Pasukan Floria DiRaja Putrajaya

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Mac 2022 08:45

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan terima sembah mengadap hormat daripada Pasukan Floria DiRaja Putrajaya seramai 7 orang yang mewakili Perbadanan Putrajaya di Galeri DiRaja Arau, Perlis.

Kunjungan sembah mengadap tersebut diketuai oleh Haslinda Khalid yang merupakan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Taman, Jabatan Landskap, Perbadanan Putrajaya.

Kumpulan tersebut mempersembahkan pokok Orkid ‘phalaenopsis’ yang merupakan bunga tema program Floria DiRaja Putrajaya 2022 dan turut persembahkan koleksi buku-buku yang berkaitan dengan pokok-pokok berbunga yang ditanam di sekitar Putrajaya termasuk dalam penganjuran Floria sebelum ini.

Haslinda turut mempersembah maklum kepada baginda tentang perancangan penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022 yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya pada 29 Ogos hingga 4 September 2022 selama 7 tujuh hari bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Ini adalah kali ke 12 Festival Bunga dan Taman DiRaja Putrajaya bertaraf antarabangsa ini dianjurkan untuk memeriahkan lagi suasana Bandar Putrajaya. Acara ini yang juga merupakan salah satu produk pelancongan negara akan dapat menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Putrajaya.

Tambah Haslinda lagi, tema bunga pada tahun ini adalah Bunga Orkid dan tema acara adalah Floria Hebat (Awesome Floria). Pelbagai tarikan utama akan dipamerkan sepanjang festival ini seperti taman-taman pameran, taman-taman khas, penyertaan antarabangsa dan dalam negara, pertandingan orkid dan bonsai, jualan pokok bunga dan produk perkebunan serta program dan aktiviti harian yang menarik.

Turut sama hadir mengiringi Haslinda adalah pegawai-pegawai Jabatan Landskap, Perbadanan Putrajaya, Jamalludin Budin, Noor Shazlin Mohd Sharif, Muhammad Salihuddin Mohd Naser, Mohd Sukri Rusalan, Mariana Abdul Malik, Nurul Ain Mohamad Fazli

Sebagai rekod, penganjuran Festival Bunga dan Taman DiRaja Putrajaya pada tahun-tahun sebelum ini merupakan kebanggaan negara Malaysia dan kegemilangan terhadap festival yang bertaraf antarabangsa ini, dan pokok-pokok berbunga yang ditanam di sekitar Putrajaya menghasilkan impak dan suasana berwarna-warni terutama pada musim berbunga antara bulan Mac hingga Mei serta ada juga yangberbunga sepanjang tahun. Usaha dan hasil kejayaan ini sejajar dengan konsep Putrajaya sebagai Bandar Dalam Taman dan Bandar Berbunga.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE