Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Pengakap Mampu Lahir Pemikiran Luar Kotak – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendidikan Pengakap Mampu Lahir Pemikiran Luar Kotak – Raja Muda Perlis

Pendidikan Pengakap Mampu Lahir Pemikiran Luar Kotak – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 01 April 2022 10:07

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa pendidikan yang terdapat dalam kurikulum Pergerakan Pengakap adalah secara menyeluruh sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Latihan yang dijalani oleh ahli Pengakap juga adalah melampaui kotak pemikiran seseorang ahli Pengakap itu sendiri. Atas dasar inilah akan wujud ramai lagi individu yang akan lebih maju ke hadapan untuk membantu pergerakan sukarela seperti Pengakap ini.

 

Demikian titah baginda merangkap Presiden Diraja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan “Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat Dan Sijil Pengakap Raja Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022” di Hotel Putra Regency Kangar pada petang ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Dato’ Hj. Mohd Zin bin Bidin (B) dan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Perlis, Azmi Abdullah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra amat berbangga kerana Ahli-ahli Pengakap Raja berjaya memperolehi sijil yang amat bermakna ini dan berharap mereka akan menjadikan pengalaman dan cabaran yang ditempuh sepanjang pembelajaran bagi membantu dalam kerjaya masing-masing, malah membantu dalam kehidupan di masa hadapan.

Tuanku Raja Muda turut mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis iaitu Majlis Pengakap Negeri dan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis kerana dapat menggunakan peluang yang ada di musim pandemik ini bagi menyediakan majlis serupa ini yang sentiasa dinanti-nantikan dan sangat bermakna kepada semua pihak yang telah berjasa kepada pergerakan pengakap samada secara langsung atau tidak langsung.

Para penerima anugerah utama terdiri daripada Laksmana Maritim Dato’ Sri Haji Ahmad Puzi Haji Ab Kahar (B) – Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua – Perak, Hamidon Ahmad – Pingat Perkhidmatan Gemilang serta Bintang Perkhidmatan Gemilang Perlis – Leftenan Kolonel Prof Ts Dr Zaliman Sauli, Dato’ Seri Paduka DiRaja Adzhar Ahmad, Ho Thean Sung, Abu Bakar Abu Seman dan Muhammad Adzohmar Adzhar.

 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE