Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7

Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 April 2022 08:25

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7.

 

Kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan persidangan mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

“Selain bayaran tunai, umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang bersamaan dengan 2.6 kilogram,” titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melancarkan kadar zakat fitrah tersebut bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1443H anjuran Jabatan Mufti negeri dan MAIPs di Tapak Cerapan Hilal Negeri Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda turut berkenan melancarkan penerbitan sebaran ‘Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah’ terbitan Jabatan Mufti negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan fitrah seperti mana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungan-tanggungannya.

“Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui pautan https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maips.gov.my.,” katanya.

Sumber daripada Utusan Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE