Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KUIPs Dinaik Taraf Kepada UniSIRAJ n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
KUIPs Dinaik Taraf Kepada UniSIRAJ

KUIPs Dinaik Taraf Kepada UniSIRAJ

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 April 2022 08:29

ARAU: Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah menerima kelulusan naik taraf kepada Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).

 

Surat kelulusan berkenaan telah dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor KUIPs oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Husaini Omar di Galeri Diraja Arau di sini hari ini.

Majlis penyerahan kelulusan tersebut turut dihadiri Pengarah Bahagian Standard Swasta Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood dan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs, Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Hadir sama, Rektor KUIPs, Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Rozaimi berkata, pihaknya bersyukur di atas kejayaan itu dan berazam untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dirintis oleh kepimpinan terdahulu dalam merealisasikan UniSIRAJ.

“Dengan perancangan teliti melalui pelan strategik yang telah ditetapkan dengan dipandu oleh Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs, UniSIRAJ yang dimiliki KUIPs Sdn. Bhd., sebuah subsidiari MAIPs, akan menyuburkan budaya ilmu dan ketamadunan Islam sekali gus memberikan impak kepada ummah sejahtera,” katanya.

Dalam hubungan itu, Kamarudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs turut berharap agar UniSIRAJ akan menjadi sebuah gedung ilmu yang dibanggakan selari dengan hasrat penubuhannya oleh MAIPs.

KUIPs ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertama pada 15 Mei 2014 membabitkan seramai 61 pelajar terdiri daripada dua program pengajian iaitu Asasi Muamalah dan Diploma Perbankan Islam.

Sehingga April 2022, terdapat lebih 20 program pengajian yang ditawarkan di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi. 

Sumber daripada Utusan Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE