Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7

Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 April 2022 08:34

Menjunjung Titah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, kadar zakat fitrah bagi negeri Perlis kekal ditetapkan RM7 pada tahun ini.

 

Penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Selain menunaikannya dengan bayaran tunai, umat Islam yang menunaikan Zakat Fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak Satu Gantang Nabawi bagi setiap seorang bersamaan dengan 2.6 kilogram.

Pelancaran kadar Zakat Fitrah berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1443H anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan MAIPs dilaksanakan di Tapak Cerapan Hilal Negeri Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan melancarkan penerbitan Sebaran “Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah” terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Menurut Mufti Negeri Perlis, Dato Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, sebaran penerbitan berkenaan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat Islam agar sentiasa menghayati dan mengamalkan adab-adab berbuka puasa yang bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor turut mengingatkan setiap orang Islam yang tinggal di dalam Negeri Perlis berkaitan kewajipan mengeluarkan fitrah sepertimana yang ditetapkan itu bagi dirinya dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungan-tanggungannya.

Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui pautan https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maips.gov.my.

 



 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE