Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan terima mengadap setiausaha kerajaan negeri baharu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berkenan terima mengadap setiausaha kerajaan negeri baharu

Raja Perlis berkenan terima mengadap setiausaha kerajaan negeri baharu

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 April 2022 08:12

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap pengenalan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu berkuatkuasa pada 30 Mac 2022 baru-baru ini, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad di Balai Menghadap Biru Istana Arau pada petang tadi.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hasnol Zam Zam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan Bandar dari Universiti Utah, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam
perkhidmatan awam selama 30 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992.

Hasnol Zam 55 tahun memiliki kelayakan dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini.

Dalam majlis tersebut Tuanku Raja turut menitah nasihat kepada Hasnol Zam Zam agar dapat memimpin pentadbiran perkhidmatan awam di negeri ini menyempurnakan segala tugasan dengan lebih cepat serta efektif, menjauhi budaya rasuah dan berkhidmat dengan penuh semangat integriti.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE