Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - YaPEIM beri sumbangan di 102 buah masjid seluruh Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
YaPEIM beri sumbangan di 102 buah masjid seluruh Perlis

YaPEIM beri sumbangan di 102 buah masjid seluruh Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 April 2022 08:16

KANGAR, 6 APRIL - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi Program Bantuan Regional Ramadan Relief 2022 menyalurkan sumbangan beras dan barangan makanan kepada 350 keluarga asnaf di 102 kariah masjid seluruh Perlis.

Program dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan menyediakan barangan keperluan hasil keluaran usahawan bimbingan YaPEIM kepada penerima.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Profesor Dr Mohamad Akram Laldin, bantuan berkenaan sebagai keprihatinan pihak YaPEIM membantu golongan memerlukan ketika Ramadan ini.

Penerima yang terpilih di setiap kariah masjid ditentukan oleh amil kariah masjid yang dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pelancaran program Penyerahan Bantuan Regional Ramadan Relief 2022 berkenaan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di perkarangan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan pelancaran program Penyerahan Bantuan Regional Ramadan Relief 2022)

Bersempena program ini juga, baginda turut menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar.

Masing-masing bakal menerima RM700 yang akan diagihkan oleh amilnya, Zulkifly Othman.


(Antara sumbangan makanan YaPEIM)

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE