Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis bimbang kadar vaksinasi kanak-kanak di Perlis rendah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis bimbang kadar vaksinasi kanak-kanak di Perlis rendah

Raja Muda Perlis bimbang kadar vaksinasi kanak-kanak di Perlis rendah

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 April 2022 08:19

Kadar vaksinasi kanak-kanak di negeri Perlis yang berumur 5 hingga 11 tahun masih rendah iaitu 25.6%. Bagi mengurangkan keterukan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak, rakyat Perlis diseru untuk membawa anak masing-masing menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) dan segera menerima vaksin Covid-19 seperti ditetapkan.

Para majikan juga boleh bekerjasama membenarkan pekerja mereka membawa anak untuk janji temu vaksinasi bagi ibu bapa yang bekerja.

Kanak-kanak yang mempunyai komorbidi hendaklah patuh temujanji dan mengambil ubatan seperti aturan yang ditetapkan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke 27 bagi tahun 2022’ baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra singgah dan menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah dan juga sumbangan wang dan ‘food baskets’ daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Maybank Islamic Berhad kepada asnaf-asnaf Ali Mat 63 tahun di Behor Empiang, Che Jamil Osman 69 tahun di Kechor dan Duriyyah Bulat 47 tahun di Sempering.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim pula menasihatkan supaya ibubapa atau penjaga sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak masing-masing dengan cara mendidik anak-anak untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembunuh kuman serta membiasakan mereka untuk memakai pelitup muka bila berada di luar rumah. Anak-anak juga perlu dilatih untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk meningkatkan daya imuniti bagi menentang jangkitan kuman. Kebijaksanaan ibubapa dalam mengelakkan anak-anak mereka daripada berada di kawasan berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 juga akan dapat membantu mengurangkan jangkitan di kalangan kanak-kanak di Negeri Perlis.


Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE