Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - “Jadikan Budaya Kerja Kelas Pertama Sebagai Pegangan” – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
“Jadikan Budaya Kerja Kelas Pertama Sebagai Pegangan” – Raja Muda Perlis

“Jadikan Budaya Kerja Kelas Pertama Sebagai Pegangan” – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 April 2022 09:48

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan para penjawat awam, khususnya kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) supaya tidak mensensasikan berita yang belum pasti kesahihannya, dan sentiasa berwaspada terhadap pandangan dan persepsi rakyat.

 

Baginda bertitah demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpilih dan Anugerah Keterampilan Agensi di Bawah MAIPs Tahun 2021 yang diadakan di Hotel Putra Regency Kangar pada petang semalam.

“Profesionalisme sebagai penjawat awam perlu diangkat martabatnya melalui kredibiliti dan imej yang ditonjolkan. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, kakitangan MAIPs hendaklah bersama-sama mencipta dan menjaga keperibadian diri yang unggul serta mempertahankan nilai integriti dalam perkhidmatan. Budaya kerja kelas pertama amat penting. Kecemerlangan prestasi seseorang itu bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja semata-mata, bahkan perkhidmatan yang bersih dan berintegriti. Kakitangan MAIPs mesti terus berusaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, efektif, berkualiti, telus, dan mendahulukan pelanggan bagi memastikan matlamat MAIPs dapat dicapai. Oleh itu, budaya kerja kelas pertama yang menggabungkan integriti, disiplin dan tanggungjawab, mestilah menjadi pegangan setiap kakitangan MAIPs dalam menjalankan tugas dengan jujur dan telus. Setiap warga MAIPs diharap agar sentiasa menjaga imej dan nama baik jabatan masing-masing daripada sebarang isu dan tanggapan negatif masyarakat, lebih-lebih lagi dalam zaman yang moden dan mencabar ini,”

Demikian titah baginda dalam majlis tersebut. Menurut baginda, majlis tersebut mempunyai makna yang begitu besar kerana MAIPs saban tahun sentiasa menghargai kakitangannya serta warga kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah dan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis yang mempamerkan perkhidmatan yang baik.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, anugerah yang disampaikan bukan hanya sebagai pendorong dan pengiktirafan kepada prestasi kerja cemerlang semata-mata, tetapi juga menjadi penggerak transformasi dan peneraju perubahan yang positif dalam membudayakan lagi kecemerlangan. Baginda berharap agar setiap kakitangan meneruskan kecemerlangan prestasi dan memastikan komitmen kekal progresif dan produktif dan menegaskan bahawa kerja itu adalah ibadat dan bekerjalah kerana Allah SWT.

Sumber daripada Dewan Tamadun Islam

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE