Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Santuni Anak-Anak Yatim Dari Kariah Kota Raja Arau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Santuni Anak-Anak Yatim Dari Kariah Kota Raja Arau

Raja Muda Perlis Santuni Anak-Anak Yatim Dari Kariah Kota Raja Arau

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 April 2022 10:14

ARAU, 9 April- Institusi kekeluargaan diseru agar memainkan peranan secara proaktif dalam usaha menyokong anak yatim dari pelbagai sudut termasuk perlindungan, pendidikan, kewangan dan kebajikan.

 

Usaha dan bantuan bagi memuliakan anak yatim ini perlu dilaksanakan secara berterusan sejajar dengan tuntutan agama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, anak-anak yatim merupakan generasi akan datang dan sepertimana kanak-kanak dan remaja lain, mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk masa depan.

Sehubungan dengan itu, besar harapan untuk melihat institusi kekeluargaan dan masyarakat berganding bahu dalam usaha berterusan menyokong anak-anak ini dari pelbagai sudut khasnya kasih sayang, kebajikan, pendidikan dan kewangan.

Baginda bertitah ketika menyantuni anak-anak yatim dari Kariah Kota Raja Arau di Masjid Negeri Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM20,000 hasil sumbangan masyarakat daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor kepada empat buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di Perlis.

Baginda turut menyaksikan penyerahan van jenazah sumbangan daripada Syarikat Ummul Travel And Tours Sdn Bhd bagi kegunaan Masjid Negeri Arau yang diterima oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.


(Penyerahan van jenazah sumbangan daripada Syarikat Ummul Travel And Tours Sdn Bhd bagi kegunaan Masjid Negeri Arau)

Sumber daripada Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE