Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan AAIM untuk Pesakit Akut – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan AAIM untuk Pesakit Akut – Raja Muda Perlis

Manfaatkan AAIM untuk Pesakit Akut – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 April 2022 08:13

Kangar – “Hospital di seluruh negara diharapkan dapat menggunakan sebaik-baiknya Perubatan Dalaman Maju dan Akut atau Advanced Acute Internal Medicine (AAIM) untuk kebaikan para pesakit. Walau bagaimanapun, sebuah anjakan paradigma perlu dilakukan oleh pakar perubatan dan pihak hospital agar terus dapat memberikan manfaat kepada para pesakit akut,” titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menyempurnakan perasmian kursus dan bengkel Management of The Acutely Ill Medical Patient anjuran Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and Ultrasound Society (MAAIMUSS) dan College of Physicians Malaysia secara maya, pagi tadi.

 

DYTM Raja Muda Perlis semasa menyempurnakan perasmian bengkel Management of The Acutely Ill Medical Patient.

 

Menurut baginda, tindakan ini juga haruslah disokong dan dijalankan di semua hospital di Malaysia kerana tempoh rawatan 72 jam yang pertama adalah sangat penting dan kritikal bagi menjamin keselamatan seseorang pesakit.

 

Baginda juga berharap agar dapat melihat penubuhan Unit Perubatan Dalaman Akut yang akan menjadi pelopor dalam penerimaan dan penggunaan ciri penjagaan kesihatan ini dalam sistem perubatan di Malaysia. Penggunaan inovasi ini secara betul dan berkesan akan membuka laluan bagi Jabatan Perubatan Dalaman untuk mempunyai unit eksklusif yang tersendiri dan khas bagi memantau individu yang benar-benar memerlukan. Penggunaan unit ini terbukti berjaya mengurangkan kesesakan katil di wad perubatan dan meningkatkan prestasi penjagaan pesakit yang memasuki wad.

 

Selain itu, inisiatif perubatan ini juga bertujuan untuk melatih dan mempersiapkan golongan barisan hadapan bagi menghadapi situasi yang genting dalam menangani kes yang melibatkan pesakit akut. Para petugas barisan hadapan juga akan belajar dan mengaplikasikan pengetahuan teori yang dimiliki di lapangan sebenar dalam mengurus pesakit.

 

Seminar yang berlangsung di Hospital Universiti Malaya ini menyaksikan penyertaan sebanyak 50 orang peserta dalam kalangan doktor khas yang dipilih dari pelbagai pusat perubatan, termasuklah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital universiti dan hospital swasta. Kumpulan ini dipilih agar para peserta yang menyertai bengkel ini akan dapat menyebarkan pengetahuan yang diperoleh kepada rakan mereka yang lain.

 

Ahli panel terdiri daripada tokoh dalam bidang neurologi, hematologi dan bidang perubatan dalaman maju dan akut. Kursus ini lebih menumpukan latihan amali supaya para peserta dapat mengaplikasikan konsep yang dipelajari terhadap secara praktikal.

 

Mengulas lanjut tentang hal ini, baginda mengatakan bahawa sejak dua tahun yang lalu, MAAIMUSS memainkan peranan yang kritikal bagi melatih dan membekalkan para pakar perubatan dalaman dengan kemahiran yang diperlukan untuk merawat pesakti yang kini semakin rumit, terutamanya dengan penularan wabak COVID-19. Perubatan dalaman maju dan akut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga merupakan satu daripada benteng pertahanan negara dalam menghadapi ancaman COVID-19. HTF di Perlis telah berjaya membahagikan tenaga manusia dan juga mengguna pakai sumber yang ada dengan baik untuk melawan COVID-19.

 

Sementara itu, Presiden MAAIMUSS, Datuk Seri Dr. Paras Doshi menjelaskan bahawa bengkel ini memfokuskan penambahbaikan terhadap bidang perubatan dalaman yang sentiasa berdepan dengan krisis akut yang tidak dijangka berkenaan dengan pesakit kronik. Usaha untuk meningkatkan kesedaran berkaitan dengan keperluan untuk mempunyai asas yang kuat dalam patofisiologi dan penggunaan ultrabunyi dalam merumuskan pelan tindakan perawatan juga tidak dilupakan. Format dalam kursus dan bengkel ini akan dijadikan sebagai prototaip supaya dapat dilaksanakan dan diulang kembali di setiap negeri dan di negara luar, termasuklah Singapura.

 

MAAIMUSS merupakan institusi AAIM di bawah naungan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE