Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Sampai Anugerah Pelajar Cemerlang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Sampai Anugerah Pelajar Cemerlang

Raja Perlis Sampai Anugerah Pelajar Cemerlang

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 19 April 2019 08:20

KANGAR, 19 April 2019 (Jumaat) - Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menganugerahkan tiga orang pelajar dengan ‘Anugerah Cemerlang’ manakala tujuh lagi menerima ‘Anugerah Khas’ hasil daripada keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM masing-masing bagi tahun lalu.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan anugerah-anugerah tersebut yang dianjurkan bersempena ‘Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kokurukulum Sekolah Menengah Kebangsaan Derma 2019’ di Dewan Syed Mahmood, di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Pengetua SMK Derma, Fauziah Abdul Hamid.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.

Para penerima ‘Anugerah Cemerlang’ yang menerima pingat, sijil dan wang tunai RM1000 adalah :

1. Saw Yi Xuan - SMK Tuanku Lailatul Shahreen (9A+ 1A).

2. Najah Afiqah Binti Rose Aza - SMK Derma (9A+). dan

3. Navya A/P Krishnan - SMK Derma (8A+ 1A).

Sementara itu, para penerima ‘Anugerah Khas’ yang menerima sijil dan wang tunai RM500 pula adalah :

1.Tan Ying Jing - SMK Derma (9A+ 1A-).

2. Mohamad Amir Bin Khairul Nor - SMK Agama Arau (9A+ 2A-).

3. Muhammad Asyraf Bin Rosdi - SMK Agama Arau (8A+ 3A).

4. Hannan Razin Bin Muhd Abdul Hafidz - SMK Derma (8A+ 1A).

5. Nur Fasihah Binti Mohamad Fadhli - SMK Agama(P) Alawiyah (10A+ 1A).

6. Foo Yong Zhen - SMK Derma (8A+ 1A 1A-). dan

7. Yeoh Wei Wang - SMK Kuala Perlis, (8A+ 1A 1A-).

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE