Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan juzukkan kerja kebajikan berdasarkan ras – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan juzukkan kerja kebajikan berdasarkan ras – Raja Muda Perlis

Jangan juzukkan kerja kebajikan berdasarkan ras – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 April 2022 08:31

Usaha dan inisiatif untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan hendaklah merentasi sempadan agama dan bangsa.

Kerja-kerja kebajikan adalah bersifat universal dan tidak dijuzukkan berdasarkan perbezaan warna kulit dan kepercayaan seseorang individu.

Dalam hubungan ini, agensi berkaitan dan anggota masyarakat perlu sama-sama memainkan peranan dalam memberikan perhatian dan bantuan untuk memastikan mereka tidak merasa kesunyian dan terpinggir walaupun tinggal di rumah-rumah kebajikan.

 

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyaksikan penyerahan ‘Sumbangan Untuk Program Ihya Ramadan Kepada Rumah-Rumah Kebajikan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis’ bernilai RM30,000 daripada MAIPs di perkarangan masuk Padang Waremart, Padang Besar pada petang semalam.

 

Tuanku Raja Muda berkenan menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor melalui Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Rumah Sri Kenangan Jejawi, Rumah Kanak-Kanak Arau, Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, Rumah Baitul Hanan Behor Mali Simpang Empat, Teratak Rahmat, Persatuan Al Islah Mata Ayer dan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Kangar masing-masing menerima RM5000 daripada MAIPs untuk tujuan tersebut.

Program itu diadakan sempena aktiviti Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan ke 30 bagi tahun 2022 yang mana Tuanku Syed Faizuddin Putra terdahulu daripada itu turut berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf Sharif Saad 78 tahun yang menghidap sakit strok, Bedah Lah 84 tahun yang kurang sihat dan Yam Hamid 78 tahun di rumah mereka di sekitar kawasan Padang Besar. Masing-masing menerima RM700, sekampit beras dan sekotak bahan makanan mentah.

GALERI FOTO

 

 

 

 

Sumber: Saura Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE