Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Guru agama di Perlis mesti berpegang dengan mazhab Sunnah Wal Jaamah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Guru agama di Perlis mesti berpegang dengan mazhab Sunnah Wal Jaamah

Guru agama di Perlis mesti berpegang dengan mazhab Sunnah Wal Jaamah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 April 2022 10:01
 
KANGAR, 11 April - Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan, adalah menjadi suatu kemestian bagi setiap guru agama di negeri Perlis memahami, menghayati dan berpegang dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.
 
Manakala daripada aspek fiqh pula dengan mengamalkan semua mazhab Ahlus Sunnah Wal Jaamah selagi mana ia membawa kepada pemahaman sunnah yang sahih.
 
Titah baginda lagi, jentera pentadbiran negeri dan persekutuan yang berkhidmat di negeri Perlis mestilah berusaha dan hendaklah memahami peranan guru-guru serta murabbi ini.
 
Dalam hal ini, bantuan daripada agensi agama persekutuan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah diperlukan bagi memastikan proses pemahaman tersebut dipermudahkan bagi mereka yang berkaitan.
 
Baginda bertitah ketika merasmikan Majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.
 
Pada majlis ini, JAKIM turut menyerahkan peruntukan bagi imam, bilal, siak dan guru takmir negeri Perlis bagi tahun ini sebanyak RM14,614,335.20.
 
Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.
 
Wartawan : Wan Noor Azley
Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE