Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Guru agama di Perlis perlu dapat tauliah dari jabatan mufti - Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Guru agama di Perlis perlu dapat tauliah dari jabatan mufti - Raja Muda

Guru agama di Perlis perlu dapat tauliah dari jabatan mufti - Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 April 2022 10:03

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar guru agama di negeri ini memahami dan berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Baginda bertitah guru agama yang mengajar di Perlis juga perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis bagi menggelak daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Enakmen Jenayah Dalam Syarak dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah kedudukan guru agama dan murabbi adalah mulia di sisi agama malah mereka mempunyai tanggungjawab mendidik umat Islam untuk kekal berada di jalan yang benar.

"Sudah tentu peranan ini akan menentukan nasib dan keadaan ummah pada masa hadapan. Jentera pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di Perlis juga hendaklah memahami peranan guru dan para murabbi.

"Dalam hal ini, bantuan daripada agensi agama Persekutuan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah diperlukan bagi memastikan proses pemahaman dipermudahkan bagi mereka yang berkaitan," titah baginda ketika merasmikan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sumber - Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE