Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Menteri terharu dengan kemesraan, keramahan Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Menteri terharu dengan kemesraan, keramahan Raja Perlis

Menteri terharu dengan kemesraan, keramahan Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 April 2022 14:10

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad merasa terharu dengan kemesraan dan keramahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menurutnya, beliau bersama dengan baginda dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, malam tadi.

“Saya berada di Perlis bagi menghadiri Majlis Multaqa’ Murabbi Ummah (MMU) yang dihadiri sendiri oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis, pertemuan kami diteruskan sehingga selepas solat tarawih.

“Bak kata orang Melayu kita, bermoreh, tapi santai-santai.

“Cuma moreh santai kali ini, saya teruja dan cukup terharu dapat meluangkan masa bersama Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli bersama untuk minum dan berbual mesra bersama kami di rombongan Pejabat Menteri, JAKIM dan Mufti Perlis,” ujarnya dalam catatan di Facebook beliau, hari ini.

Tambahnya, pelbagai perkara yang dibualkan, daripada perkara yang melibatkan urusan-urusan yang berkaitan instiutsi agama, hinggalah perkara-perkara santai.

“Saya cukup terharu dengan kemesraan dan keramahan DYMM Raja Perlis sehinggakan kami minum bersama sehingga jam 12 malam,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, walaupun dengan kesibukan waktu Raja Perlis dan Raja Muda Perlis tetapi sudi meluangkan masa untuk duduk dan minum bersama pada malam tadi.

“Alhamdulillah. Sesungguhnya ukhwah begini, biarlah Allah memberi seribu rahmat agar Negeri Perlis terus diberkati di bawah naungan kedua-dua insititusi Raja yang kita sanjungi.

“Moga Allah pelihara kemakmuran Negeri Perlis, dan memberi kesihatan, kekuatan dan kelapangan yang berpanjangan kepada seluruh pemerintahan Tuanku di negeri yang penuh dengan barakah ini.

“Daulat Tuanku,” katanya. 

Sumber:  HARAKAHDAILY 12/4/2022

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE