Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Hadir Penutupan Summer Camp Di UiTM Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Hadir Penutupan Summer Camp Di UiTM Perlis

Raja Muda Perlis Hadir Penutupan Summer Camp Di UiTM Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 20 April 2019 08:20

ARAU, 20 April 2019 (Sabtu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis penutupan English Language Summer Camp di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, Zailuddin Ariffin

Turut hadir, Yang Dipertua Yayasan Muslim Wittaya Phuket, Panya Sampaurat dan Mudir Muslim Wittaya Phuket School, Kitti Islam.

Program edisi ke-3 itu dianjurkan oleh UiTM tersebut dengan kerjasama Muslim Wittaya Phuket School serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Program tahunan yang bermula 4 sehingga 19 April itu melibatkan penyertaan seramai 28 orang murid berusia dari lapan hingga 16 tahun.

Selain berada di Perlis, para peserta turut dibawa ke Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

Baginda ketika bertitah berharap agar kem pemantapan bahasa yang dihadiri ini akan dapat memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dengan lebih luas.

Tuanku Syed Faizuddin juga berharap agar segala ilmu dan kemahiran yang dikongsikan di dalam kem itu terus kekal membantu di sepanjang laluan pendidikan dan kerjaya masing-masing.

“Para peserta apabila pulang ke tanah air mereka nanti, bawalah bersama segala ilmu yang dipelajari, pengalaman dan juga persahabatan yang telah dijalinkan di Perlis. Pastikan bahawa semua yang hadir akan menerapkan kembali segala apa yang telah dipelajari di sini apabila pulang ke Phuket kelak,” titah baginda.

Pada majlis itu, baginda berdua turut berkenan menyerahkan sijil dan juga cenderahati kepada mudir, guru-guru dan juga pelajar di samping menyaksikan penyerahan sumbangan koleksi buku-buku oleh alumni UiTM Cawangan Perlis kepada pihak sekolah itu.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE