Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Patuhi Syariat Bawa Kebaikan: Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Patuhi Syariat Bawa Kebaikan: Raja Perlis

Patuhi Syariat Bawa Kebaikan: Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 21 April 2019 08:20

KANGAR, 21 April 2019 (Ahad) - Tujuan syariat itu diturunkan adalah untuk membawa faedah kepada manusia dan menjauhkan manusia daripada mudarat.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, syariat tidak diturunkan kerana ALLAH SWT berhajat kepadanya. Bahkan ALLAH tidak berhajat kepada apapun.

Titahnya lagi, jika kita mengikuti syariat dan taat kepadanya akan membawa kebaikan kepada diri Kita sendiri.

"Kebaikan yang dimaksudkan adalah keseimbangan hidup di dunia, yang mana keseimbangan ini bukan hanya di peringkat individu, bahkan kepada masyarakat," titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan program Perkampungan Sunnah Siri-6, 2019 di pekarangan Masjid Alwi Kangar, hari ini.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis yang bertemakan ‘Maqasid Syariah Dalam Kehidupan Ummah’ itu disambut oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Turut hadir ialah penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Baginda turut berharap agar Perkampungan Sunnah Siri Ke-6 ini akan memberikan pendedahan dan pencerahan kepada hadirin berkenaan permasalahan itu.

Kupasan yang diberikan berkenaan Maqasid Syariah dalam segenap kehidupan kita, seperti maqasid dalam isu ekonomi, sosio-masyarakat, politik dan akhlak kehidupan termasuklah para ulama’ yang membincangkan soal ini.

Terdahulu, turut diadakan ialah Slot Kursi Jamalullail yang disampaikan oleh Prof Dr Mohammed Abul Lais disusuli dengan forum berjudul ‘Maqasid Syariah Dalam Konteks Malaysia oleh ahli panel Datuk Dr Juanda Jaya dan Dr Muhamad Rozaimi Ramle. 

Sumber daripada Sinar Harian Online

Please publish modules in offcanvas position.