Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 lestarikan hala tuju agihan zakat

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 lestarikan hala tuju agihan zakat

Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 lestarikan hala tuju agihan zakat

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 27 April 2022 07:52

ARAU: Dalam usaha melestarikan hala tuju agihan zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menggariskan pelbagai inisiatif menerusi Pelan Strategik MAIPs 2021-2025.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelbagai perancangan telah disusun pihak majlis dalam mendepani cabaran semasa dan pada masa sama meneruskan agenda pengurusan hal ehwal Islam supaya menjadi lebih cemerlang. 

“MAIPs juga telah menyediakan Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0 serta menyiapkan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 yang melibatkan beberapa kluster seperti sosio ekonomi asnaf, pendidikan, dakwah, penempatan, kesihatan dan pembangunan amil,” titah baginda.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada beberapa orang asnaf sempena program MAIPs Peduli di sekitar Simpang Empat di sini hari ini.

Asnaf terbabit masing-masing menerima sumbangan zakat berupa wang tunai sebanyak RM700, beras serta bekalan makanan mentah.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin mengajak umat Islam supaya berdoa dan mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini agar terus diberikan kesihatan, kesungguhan, limpahan rezeki dan berusaha dalam membangunkan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE