Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs kekal status pematuhan SAGA bagi sistem aplikasi, kewangan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs kekal status pematuhan SAGA bagi sistem aplikasi, kewangan

MAIPs kekal status pematuhan SAGA bagi sistem aplikasi, kewangan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Mei 2022 10:22

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjaya mengekalkan status Anugerah Sijil Pematuhan “Standard Accounting System For Government Agencies”(SAGA) Bagi Sistem Aplikasi Perakaunan Dan Kewangan.

Menurut siaran media MAIPs, ‘Berdasarkan penilaian semula oleh Sekretariat SAGA, didapati pelaksanaan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan di MAIPs telah menepati sepenuhnya 19 Kriteria Pematuhan SAGA dan segala penambahbaikan telah diselesaikan sepenuhnya pada 14 April 2022 baru-baru ini’.

‘Sehubungan itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha MAIPs dalam memastikan sistem aplikasi perakaunan dan kewangannya sentiasa mematuhi Kriteria Pematuhan SAGA’.

 

 

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs bersyukur dan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak Pengurusan serta seluruh warga pekhidmat MAIPs atas kejayaan tersebut.

Titah Tuanku Raja Muda lagi, kejayaan ini tidak akan tercapai melainkan dengan sokongan, bimbingan serta sumbang saran berterusan daripada para penyumbang, para pemegang taruh termasuk para pelanggan MAIPs dan juga Ahli Jawatankuasa Majlis serta AJK-AJK Kecil MAIPs, bahkan budaya kerja positif dan berintegriti perlu dipertingkatkan lagi demi menjulang fungsi dan peranan MAIPs seperti yang telah diamanahkan dari masa kesemasa.

Untuk rekod, MAIPs telah pernah mencipta sejarah sebelum ini apabila muncul sebagai Majlis Agama Islam pertama yang menerima pengiktirafan Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) pada tahun 2017 selain muncul sebagai agensi Kerajaan Negeri Perlis pertama yang memperolehi pengiktirafan berkenaan.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE