Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaat sebaiknya pembukaan pintu sempadan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaat sebaiknya pembukaan pintu sempadan – Raja Muda Perlis

Manfaat sebaiknya pembukaan pintu sempadan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Mei 2022 11:37

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya semua pihak memanfaatkan sepenuhnya pembukaan pintu sempadan negara susulan pengisytiharan fasa endemik pasca Covid-19.

Menurut baginda, potensi dan peluang daripada pembukaan pintu sempadan negara sama ada dengan negara Thailand, Indonesia mahupun Singapura haruslah dioptimumkan demi memberikan impak kepada ekonomi semua pihak.

“Usahawan mikro misalnya, boleh mempertingkatkan pemasaran produk dengan lebih agresif ditambah pemantapan aktiviti pemasaran dalam talian yang telah dilaksanakan sepanjang fasa pandemik. Fasa ini juga harus dilihat sebagai pembuka ruang dan peluang untuk menerokai bidang baru dalam aktiviti ekonomi rentas sempadan sejajar dengan amalan norma baru pasca Covid’, titah Tuanku Raja Muda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan menerima sembah mengadap Major Jeneral Polis (Bersara) Dato’ Pichate Pitisathepan yang merupakan Ketua Koordinator Program Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Thailand dan isteri beliau Datin Nuranee Pitisathepan sempena Program Mahabbah Aidilfitri MAIPs – Wilayah Satun anjuran MAIPs di Terminal ICQ Sempadan Thailand-Malaysia di Wangprachan – Wang Kelian pada tengahari semalam.

Turut hadir ialah Yang DiPertua Majlis Agama Islam Wilayah Satun, Hj Harun Umachi dan Ketua Pegawai Daerah Muang Satun, Pirapat Ngerncharoen serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Penyelaras Malaysia bagi Jaringan MAIPs dengan Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman Thailand, Datuk Zul Aznam Haron dan timbalannya Ashidan Mat Isa.

Menurut Mohd Nazim, ‘Sebagai negeri paling utara Malaysia yang berjiran dengan negara Tailand khususnya persisir lautan Andaman, MAIPs menggalas amanah menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang pengurusan hal ehwal Islam dan Bahasa Melayu melalui kerjasama eratnya bersama dengan Majlis Agama Islam di 6 Wilayah Andaman Thailand’.

Tambah beliau, ‘Bagi tahun 2022 ini, MAIPs mensasarkan pelaksanaan program Ziarah Mahabbah yang dilaksanakan saban tahun sejak 2015 selain pelaksanaan Seminar Ummatan Wahidah melibatkan MAIPs dan Majlis Agama Islam di 6 Wilayah Andaman terdiri daripada Wilayah Krabi, Phuket, Trang, Phang Nga dan Ranong selain Satun yang menjadi urusetia perhubungan’.

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE