Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ICQ Wang Kelian wajar segera dinaik taraf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
ICQ Wang Kelian wajar segera dinaik taraf

ICQ Wang Kelian wajar segera dinaik taraf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Mei 2022 11:39

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian di sini, segera dinaik taraf.

Titah baginda, semua jabatan dan agensi bertanggungjawab perlu menyelia kompleks berkenaan.

Baginda bertitah, sudah tiba masanya fasiliti yang menempatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara di Wang Kelian dilengkapi kemudahan yang sempurna serta persekitaran kerja kondusif sebagai pemangkin perkhidmatan terbaik.

“Sebagai barisan hadapan dan merupakan salah satu ‘pintu masuk negara’, kompleks ICQ Wang Kelian wajar dinaik taraf agar sekurang-kurangnya setanding dengan Kompleks ICQ Wang Prachan di sebelah Thailand yang telah dinaik taraf dan berubah wajah sejak beberapa tahun lalu.

“Ia sekali gus menjaga imej negeri Perlis dan  Malaysia,” titah baginda selepas berkenan berangkat singgah bagi menyempurnakan program  Mahabbah Aidilfitri MAIPs – Wilayah Satun 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di kompleks berkenaan, hari ini.

Yang hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Polis Mohd. Shokri Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd Noor.

Sempena kunjungan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan kuih raya kepada para petugas sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam masa sama, baginda berkenan mengagihkan kuih raya daripada MAIPs kepada komuniti muslim di Wilayah Satun sebagaimana dilaksanakan saban tahun.

Sebagai rekod, MAIPs mempunyai hubungan kerjasama strategik yang sangat erat bersama Majlis-Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman di Selatan Thailand melalui pelbagai bidang seperti pengurusan hal ehwal Islam, pendidikan, Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Sumber: UTUSAN

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE