Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jaga Pergaulan, Elak Pengaruh Negatif - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jaga Pergaulan, Elak Pengaruh Negatif - Raja Muda Perlis

Jaga Pergaulan, Elak Pengaruh Negatif - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 April 2019 08:20

PADANG BESAR, 22 April 2019 (Isnin) - Sebagai belia dan remaja, rakan-rakan di sekeliling sedikit sebanyak akan ‘mempengaruhi’ sifat dan juga perwatakan mereka.

Oleh itu, bergaullah dengan rakan yang baik sifatnya, yang berjaya dan berfikiran positif supaya kita juga terdorong untuk berjaya dan ke arah yang lebih baik.

Ambillah kesempatan untuk belajar daripada pengalaman, pengetahuan serta cara mereka membentuk personaliti dalam kalangan masyarakat dan mencapai kejayaan.

Orang yang berjaya memiliki personaliti dan karisma yang hebat dan kedua-duanya ini perlu dibina dan begitu juga dengan diri para pelajar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah Peringkat SK Chuping, SK LKTP Chuping dan Sekolah Rendah Islam 3 Felda Chuping yang diadakan di Masjid Al Husna, Batu Bertangkup petang semalam.

Turut hadir ke program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang disekalikan dengan aktiviti ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 30 bagi tahun 2019 ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan singgah di Pusat Jualan Harumanis Yusof Awang (Y.A.) dan juga ‘Super Fruits Valley’ di Chuping.

Sebelum mengakhiri program baginda turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah ‘Car Wash Ghani bersama Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis (PAWE) Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah yang diusahakan oleh Abdul Ghani Hassan (No Tel: 0195161708) di 828 Lorong Damai Kampung Baru Jalan Kilang Gula, Chuping yang telah menerima bantuan MAIPs untuk membina bangsal mencuci kereta bernilai RM4,305 sebelum ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE