Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rasuah ancam keselamatan negara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rasuah ancam keselamatan negara – Raja Muda Perlis

Rasuah ancam keselamatan negara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 10 Mei 2022 16:03

PADANG BESAR: Gejala rasuah bukan sahaja merosakkan akidah seseorang tetapi juga turut memberi kesan kepada keselamatan sempadan negara dan kemusnahan alam sekitar. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, budaya rasuah akan menyebabkan aktiviti penyeludupan berleluasa dan  jika tidak dibendung akan menjejaskan keselamatan serta merosakkan alam sekitar di sempadan negara.

“Jenayah rasuah juga memberi kesan terhadap ekonomi dan reputasi sesebuah negara. 

“Berdasarkan sumber Transparency International, dianggarkan sebanyak USD2.6 trilion jumlah kerugian di seluruh dunia dilaporkan setiap tahun kerana rasuah yang bersamaan dengan lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bilangan ke-10 2022 di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian di sini hari ini.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah.

Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM12,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid itu.

Asnaf terbabit masing-masing menerima RM400 yang diagihkan amilnya, Md. Razak Md Daud.

Sementara itu, baginda bertitah, kesalahan rasuah bukan hanya sekadar memberi dan menerima tetapi turut merangkumi pelbagai kesalahan lain termasuklah berhubung tuntutan palsu dan penyalahgunaan kuasa.

“Ia sebagaimana termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di bawah Seksyen 16, 17, 18 dan 23,” titah baginda. 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE