Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Rasmi Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Rasmi Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Raja Perlis Rasmi Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 12 Mei 2022 13:56

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang terletak di Batu 5 Jalan Kuala Perlis selamat disempurnakan majlis perasmiannya oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada malam semalam.

 

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut sama berangkat adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri sulung baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

 

 

Masjid yang mempunyai senibina unik dan sering mendapat jolokan sebagai ‘Masjid Rusia’ atau ‘Masjid Aladdin’ ini turut dilengkapi teknologi hijau melalui kerjasama oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri dengan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Ia turut dibantu oleh Ain Ayer Asli serta pelbagai organisasi lain. Kini Jawatankuasa Masjid ini dipengerusikan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof. Madya Dr. Mohd Rozaimi Ramli bagi aktiviti pengimarahannya. Masjid ini turut mempamerkan beberapa koleksi khat yang dipersembahkan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra sebelum ini.

Dalam titah perasmian baginda, Tuanku Raja mengingatkan semua bahawa Islam dan ajarannya adalah agama fitrah. Ia mementingkan umatnya agar turut sama menjaga keseimbangan alam. Justeru, masjid-masjid hendaklah melaksanakan dasar mesra alam. Bermula dengan pembudayaan penjimatan air dan tenaga kepada pemuliharaan fauna dengan landskap yang menarik serta mengamalkan kitar semula sumber dan tenaga. Oleh itu, baginda berharap supaya Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menjadi masjid pertama dalam negeri Perlis ke arah matlamat tersebut.

Pada masa yang sama Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan agar masjid menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu. Konsisten dengan amanat baginda sebelum ini berhubung dengan jentera pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat di negeri Perlis mestilah berusaha memahami dan beramal dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sehubungan itu, masjid juga perlu menyediakan pengajian yang seimbang dengan memberikan penekanan dan penerapan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sentiasa mendidik masyarakat beramal dengan sunnah, dan dalam masa yang sama masjid mestilah dijauhkan daripada kancah politik kepartian serta menjauhi isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Selain daripada itu, baginda turut menegaskan tentang tenaga-tenaga pengajar yang semberono dalam menyampaikan pengajaran agama, menggunakan dalil-dalil yang lemah, menggunakan kata-kata kesat, sengaja menimbulkan perpecahan dalam masyarakat adalah tidak dialu-alukan di negeri ini. Demikian juga mereka yang tidak menghormati pegangan agama yang termaktub dalam undang-undang tubuh Negeri Perlis.

Untuk rekod, perasmian masjid baru ini juga merupakan majlis pembuka tirai kepada segala program sambutan mengambil sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 17 Mei yang akan datang ini.

Sumber daripada Suara Merdeka



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE