Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hindari politik kepartian, isu sensitif di masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hindari politik kepartian, isu sensitif di masjid

Hindari politik kepartian, isu sensitif di masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 18 Mei 2022 07:29

KANGAR: Pihak masjid perlu sentiasa mendidik masyarakat beramal dengan sunnah dan menjauhkan diri daripada kancah politik kepartian serta isu-isu sensitif yang menimbulkan kegusaran awam.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, masjid perlu menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu selain fungsinya sebagai rumah ibadah kepada umat Islam. 

Titah baginda, pihak masjid perlu menyediakan pengajian yang seimbang dengan memberikan penekanan dan penerapan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

 

“Pihak masjid perlu sentiasa mendidik masyarakat beramal dengan sunnah dan menjauhkan diri daripada kancah politik kepartian serta menjauhi isu-isu sensitif yang menimbulkan kegusaran awam.

“Bagi memastikan kualiti penyampaian guru-guru agama di masjid di negeri ini dapat ditingkatkan, semua guru agama mestilah mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

“Masjid-masjid juga hendaklah diperkasakan agar dapat mensyiarkan kualiti pentadbiran yang cekap dan efisien. Lantaran itu, pelantikan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid mestilah berasaskan kelayakan, profesional dan berintegriti serta kompeten dalam menggalas tanggungjawab diamanahkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenaan menyempurnakan majlis perasmian Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Jalan Batu 5, Kuala Perlis di sini malam tadi.

Perasmian masjid baharu itu juga merupakan pembuka tirai kepada program-program sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-79 pada 17 Mei ini.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri sulung baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Masjid yang mempunyai seni bina unik dan sering mendapat jolokan ‘Masjid Rusia’ atau ‘Masjid Aladdin’ itu dilengkapi teknologi hijau melalui kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri,  Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Masjid itu dipengerusikan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof. Madya Dr. Mohd. Rozaimi Ramli. 

Masjid berkenaan turut mempamerkan beberapa koleksi khat yang dipersembahkan kepada Tuanku Syed Faizuddin sebelum ini.

Seterusnya, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, negeri itu tidak mengalu-alukan tenaga-tenaga pengajar yang semberono dalam menyampaikan pengajaran agama, menggunakan dalil-dalil yang lemah, menggunakan kata-kata kesat dan sengaja menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

“Demikian juga mereka yang tidak menghormati pegangan agama yang termaktub dalam undang-undang tubuh Negeri Perlis,” titah baginda.

 

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE