Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masjid pertama di Perlis jadi Rumah Ibadah Hijau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masjid pertama di Perlis jadi Rumah Ibadah Hijau

Masjid pertama di Perlis jadi Rumah Ibadah Hijau

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 18 Mei 2022 07:35

Kuala Perlis: Buat pertama kalinya Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipilih sebagai projek rintis Rumah Ibadah Hijau di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perlis Ruzaini Rais berkata masjid tersebut dipilih kerana kedudukanya yang strategik dan menjadi tumpuan pelancong ke negeri ini.

"Usaha ini menjadi projek rintis sebagai langkah awal memperkenalkan teknologi hijau kepada orang ramai khususnya kariah masjid disamping menarik golongan muda untuk terlibat sama melestarikan alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesedaran Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar Peringkat Masjid Negeri Perlis di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Green Technology & Climate Change Corporation (MGTS) Ts Shamsul Bahar Mohd Nor.

Ruzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berseri berkata kerajaan negeri memandang positif perkara ini dan ia akan dibangunkan secara berperingkat ke beberapa lagi masjid di negeri itu.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan usaha membangunkan teknologi hijau di Perlis dan akan bersama dengan mana-mana pihak berkaitan bagi menyokong usaha berkenaan demi kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, Shamsul Bahar berkata sehingga kini hampir 15 buah masjid di seluruh negara telah memulakan perbincangan bagi penggunaan teknologi hijau dan dijangka 100 buah masjid lagi akan turut sama dalam usaha ini.

"Program RIH ini diperkenalkan bagi memberi panduan dan sokongan dalam membantu masjid dan surau mengaplikasi teknologi hijau yang mampu memberi penjimatan kos bil utiliti," katanya.

Beliau berkata MGTS dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) turut menyediakan saluran dana khas menerusi Tabung Wakaf Masjid Hijau bagi membantu membiayai pembangunan sistem teknologi itu di peringkat masjid.

"Pada peringkat awal kita sasar sebanyak RM1 juta setahun dikutip menerusi tabung ini dan setiap tahun 100 buah masjid akan dipilih untuk menerima dana bagi pembangunan teknologi hijau," katanya.

Shamsul Bahar berkata pihaknya juga bercadang untuk memperkenalkan penggunaan basikal elektrik kepada imam masjid bagi menggalakkan orang ramai mengguna teknologi hijau.

 

Sumber: Harian Metro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE