Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kesungguhan Kunci Kejayaan Semua Segi - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kesungguhan Kunci Kejayaan Semua Segi - Raja Muda Perlis

Kesungguhan Kunci Kejayaan Semua Segi - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 April 2019 09:20

ARAU, 22 April 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis bertitah matlamat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara itu merupakan kunci kejayaan seseorang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sebagai contoh, titah baginda, antara faktor kecemerlangan murid dalam bidang akademik ialah kesungguhan mereka di dalam menuntut ilmu dan bagaimana mereka memberikan tumpuan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh seramai 40 orang pelajar tingkatan empat dan lima orang guru pengiring daripada dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin (SMITA) Teluk Intan dan Mutiara Integrated Secondary School (MISS) Hulu Langat di Galeri DiRaja Arau malam semalam.

Kedua-dua buah sekolah berkenaan adalah di bawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) yang mana Tuanku Raja Muda Perlis ialah Penaung Diraja.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Pengerusi Al-Nidaa’, Ustaz Sofwan Badrie dan Pengarah Al-Nidaa’ Hj Zainuddin Alang Mamat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menambah bahawa penumpuan 100 peratus terhadap pengajaran oleh guru-guru akan memberikan kefahaman yang lebih jelas.

"Sikap “acuh tak acuh” atau “main-main” hanya merugikan diri sendiri. Penumpuan ini amat perlu kerana setiap apa yang diperkatakan merupakan ilmu yang berguna.

"Bak kata pepatah “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang”. Justeru, usaha tegar dalam mencari ilmu perlu dilakukan untuk mencapai matlamat kerana “Usaha tangga kejayaan,” titah baginda.

Untuk rekod, kunjungan ini merupakan sebahagian daripada program pengkaderan Al-Nidaa’ dan ia saban tahun diadakan mengambil sempena program Perkampungan Sunnah (PS6) yang sedang berlangsung pada kali ini dari 19 hingga 21 April di Masjid Alwi, Kangar.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE