Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis teladan berharga buat rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis teladan berharga buat rakyat

Raja Perlis teladan berharga buat rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 19 Mei 2022 16:12

ARAU : Kepemimpinan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menjadi teladan berharga buat rakyat jelata di negeri ini.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, baginda pemimpin disayangi yang diibarat seperti ‘kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan’.

Baginda bertitah, Tuanku Syed Sirajuddin merupakan pemimpin bijaksana selain membuat sesuatu keputusan yang adil dan saksama.

“Baginda (Tuanku Syed Sirajuddin) jugalah pemimpin yang menjadi tempat rakyat berpaut dan berharap, bak ‘condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Baginda bertitah demikian ketika mempersembahkan ucapan mengulangi taat setia tidak berbelah bahagi kepada Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis Ke-79 di sini.

Titah baginda lagi, Tuanku Raja Perlis dijulang sebagai pemimpin yang hebat.

Baginda turut menyentuh mengenai kejayaan Raja Perlis memimpin watan tercinta ini dan di sisi baginda ada insan yang setia menemani iaitu Raja Perempuan Perlis.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin mendoakan semoga bertambah makmur negeri yang bertuah ini.

“Seperti ‘air di dalam dulang, air jernih, ikannya jinak’ dan semoga baginda berdua bertambah sihat terpelihara terus bertakhta menelusuri masa,” titah baginda.

 

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE