Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terima kasih rakyat jelata – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Terima kasih rakyat jelata – Raja Perlis

Terima kasih rakyat jelata – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 19 Mei 2022 16:13

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri majlis santapan malam bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda Ke-79 di Balai Bankuasi Istana Arau di sini, kelmarin. 

Berangkat sama, mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda berdua turut berkenan memotong kek yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan baginda serta pelbagai agensi dan organisasi terbabit atas usaha berterusan membangunkan negeri ini dan membantu rakyat terutama ketika pandemik Covid-19.

“Sepertimana komen-komen positif orang luar mengenai Perlis, beta juga melihat kehidupan rakyat di negeri ini semakin baik. 

“Kedai-kedai perniagaan khususnya kedai makan kini juga dipenuhi dan beta mahu melihat agar ianya diteruskan dengan usaha-usaha membangunkan negeri ini,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir sama ada dari jauh dan dekat untuk sama-sama meraikan istiadat yang disempurnakan pada sebelah paginya.

Dalam masa sama, baginda bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakyat jelata yang sentiasa mendoakan baginda seisi keluarga terus dilimpahi berkat, kebahagiaan dan rahmat serta dikurnia kesihatan, keselamatan yang berpanjangan.

 

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE