Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis tawar lebih banyak destinasi pelancongan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis tawar lebih banyak destinasi pelancongan

Perlis tawar lebih banyak destinasi pelancongan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 Mei 2022 09:28

HAT YAI: Sejak lebih dua tahun Covid-19 melanda dunia, negeri Perlis kini semakin berubah wajah menawarkan lebih banyak destinasi baru pelancongan menarik yang wajar dikunjungi oleh warga daripada Selatan Thailand.

 

 

Turut hadir menyambut adalah Timbalan Datuk Bandar Hat Yai, Ahmad Ben Ali, Setiausahanya Manop Pengchum dan ahli-ahli Majlis Perbandaran Hat Yai serta juga Store General Manager Central Retail Corporation, Jutarat Panmueng.

 

Sakorn ketika bercakap kepada media mengalu-alukan keberangkatan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda yang diiringi oleh seramai 40 orang ahli rombongan dari Perlis dan memaklumkan bahawa keberangkatan tetamu diraja dari Malaysia ini menghubungkan kembali pelancongan antarabangsa, merangsang ekonomi dan membina kembali keyakinan untuk para pengunjung Malaysia melawat Hat Yai yang terletak di dalam Wilayah Songkhla.

 

Beliau berkata masyarakat Hat Yai sentiasa bersedia untuk menyambut kembali kedatangan para pelawat Malaysia dan juga dari semua negara lain. Kedai-kedai, hotel serta lokasi-lokasi produk tarikan pelancong di Hat Yai juga sudah bersedia untuk mengamit serta menjaga kehadiran semua dengan sebaik mungkin bagi memberikan keselesaan sepanjang masa mereka berada di sana.

 

Pada masa yang sama, beliau memohon pelbagai pihak khususnya mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk terus bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menyediakan segala kemudahan dan keselamatan untuk para pelancong seperti pada masa lalu sebelum krisis Covid-19.

 

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Surina Saad yang mengiringi baginda berkata urusan sempadan di Padang Besar juga kini mula sibuk kembali selepas dibuka semula baru-baru ini setelah terpaksa ditutup kepada pelancong selama lebih 2 tahun akibat Covid-19.

 

Dalam pada itu, Tuanku Raja Muda dalam pemerhatian baginda sepanjang sehari suntuk berada di Hat Yai pada kali ini melihat masyarakat tempatan di sana walaupun dalam kesibukan bagi meningkatkan pemulihan ekonomi masih berwaspada dalam pelbagai aktiviti mereka. Mereka amat berdisplin dalam aspek pemakaian pelitup separuh muka dan didapati tidak leka atau mengambil sikap sambil lewa walaupun sepertimana di Malaysia jumlah kes harian Covidnya adalah kini difahamkan sudahpun berada dalam keadaan agak terkawal. Tuanku Raja Muda turut menasihatkan semua supaya terus memastikan segala SOP yang dinasihatkan dipatuhi termasuklah bagi mereka yang mengembara ke luar negara.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE