Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rasuah perlu dipandang jijik oleh masyarakat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rasuah perlu dipandang jijik oleh masyarakat

Rasuah perlu dipandang jijik oleh masyarakat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 27 Mei 2022 16:01

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil serius pedoman titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bahawa rasuah perlu dipandang jijik oleh masyarakat di negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Raja Perlis ketika bertitah minggu lalu berhasrat agar isu rasuah dibanteras sekeras-kerasnya. 

Titah baginda, masyarakat perlu belajar daripada sejarah keruntuhan pelbagai tamadun dan negara disebabkan gejala rasuah.

 
 

“Oleh itu, perubahan pemikiran rakyat untuk menangani isu rasuah perlu diusahakan secara bersama di segenap peringkat,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengambil bahagian dalam program Eksplorasi berbasikal santai sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-79 di sekitar kawasan Kampung Nelayan Warna-Warni Program Transformasi Di Raja Seberang Ramai Kuala Perlis di sini, semalam.

Yang berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Seterusnya, baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs meminta kerjasama orang ramai melaporkan kepada ketua-ketua agensi berkaitan jika ada dalam kalangan perkhidmat agensi agama Islam di negeri ini yang dibuktikan terlibat dengan rasuah.

“Hal demikian supaya siasatan dan langkah-langkah pencegahan bagi menghentikannya dapat dilakukan dengan segera,” titah baginda.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, pengurusan MAIPs sentiasa memperkemas segala prosedur dan tindakan sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan warga kerjanya membuat salah laku rasuah.

Katanya, budaya tersebut bukan sekadar salah di sisi undang-undang malah di sisi agama.

 
 

“Untuk rekod, MAIPs melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 2017 dan menjadi antara agensi terawal melaksanakan IBR semenjak diperkenal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya. 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE